Kerjaya muzik Eyza Bahra

Salammusik

Rencana utama: Salammusik

Eyza Bahra ialah vokalis kumpulan Salammusik bersama-sama dengan Ashraf Azlan atau Salam. Sepanjang bersama kumpulan itu, beliau merakamkan dua album, Salam Musik (2011) dan O (2013) dan juga pernah mengadakan projek muzik secara solo. Eyza mengumumkan pada September 2015 bahawa beliau telah meninggalkan Salammusik selepas enam tahun bersama.[3] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Eyza berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Salammusik di masa depan: "Saya keluar secara baik daripada Salammusik selepas perbincangan dengan anggota lain. Ia bukan keputusan yang mudah kerana banyak pengalaman berharga bersama mereka sebelum ini".[6]

Kerjaya solo

Selepas meninggalkan Salammusik, Eyza memulakan kerjaya muziknya secara solo dan menandatangani kontrak bersama Mixology Music milik bekas ahli Teh Tarik Crew, DJ Fuzz.[3] Bersama Mixology, Eyza merakamkan single sulungnya, "Imaginasiku", kemudian diikuti oleh single kedua, "Cakerawala".[7]

Eyza merupakan antara artis yang mengadakan persembahan di konsert amal Membina Masa Depan yang Gemilang dan Penyayang' anjuran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (KUTS) pada 25 Mac 2016 dan Hari Terbuka KUTS pada 2 April. Artis lain yang terlibat ialah Noh Salleh, Misha Omar dan Farah Farhana.[8]

Album solo pertamanya, Suara dikeluarkan pada 16 Mac 2017, mengandungi 8 lagu termasuk "Imaginasiku" dan "Cakerawala" yang dikeluarkan sebagai single dua tahun sebelumnya. Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[6] Selain itu, beliau turut menyumbangkan empat lagu dan menulis lirik untuk dua lagu dalam Suara.[9][10]

Pada tahun 2019, Eyza merakamkan single terbaharunya, "Ada Chan" menampilkan duet bersama Amsyar atau ADK. Menurutnya, lagu ini mengenai pengalaman peribadinya dan ADK.[11]

Rujukan

WikiPedia: Eyza Bahra http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=993481&c=6 https://girlsclub.asia/meet-the-artist/eyza-bahra/ https://www.budiey.com/eyza-bahra-lancar-album-sua... https://www.discogs.com/artist/5949521-Eyza-Bahra https://gempak.com/artikel/3930/bergerak-solo-buka... https://www.theborneopost.com/2016/03/19/ucts-orga... https://twitter.com/eyzabahramusik https://www.hmetro.com.my/node/213015 https://www.hmetro.com.my/node/84297 https://www.hmetro.com.my/rap/2019/04/447006/eyza-...